Friday, July 30, 2010

Metod (kaedah) merancang kehamilan

Beberapa perkara yang boleh membantu wanita mengetahui hari-hari subur dalam kitaran haidnya untuk dia mengelakkan atau mendapatkan kehamilan. Seseorang wanita boleh mengetahui bilakah berlakunya proses peneluran ovulasi dengan memerhatikan carta perubahan pada badannya . Cara paling berkesan untuk mengetahui hari suburnya ialah dengan mempraktikkan setiap teknik yang akan disenaraikan sebentar lagi .

Kesedaran tentang kesuburan meningkatkan kefahaman wanita tentang perubahan pada tubuhnya dan juga kitaran haid. Untuk mengelakkan kehamilan seseorang wanita boleh mengelakkan diri dari melakukan hubungan kelamin dalam tempoh tersebut atau menggunakan alat mencegah kehamilan ketika melakukan hubungan kelamin dengan suami.


Proses menyedari kesuburan bergantung kepada fakta-fakta berikut :


  • Telur wanita boleh hidup di dalam tubuh selama12-24 jam Bagaimanapun untuk mengira tempoh kesuburan kita mengandaikan tempoh hayatnya 48 jam dengan andaian lebih dari satu telur yang dikeluarkan oleh seorang wanita .
  • Sperma boleh hidup di dalam rahim wanita selama 5 hari selepas hubungan seksual tetapi biasanya ia hannya mampu bertahan selama 2 hari . Kehamilan biasanya berlaku jika hubungan seksual dilakukan 3 hari sebelum ovulasi hingga 2-3 selepasnya
  • Waktu yang paling tepat berlakunya ovulasi tidak dapat dipastikan oleh itu usaha untuk mendapatkan kehamilan perlu dilakukan pada 2-3 hari sebelum atau selepas proses ovulasi.

Metod ini berkesan bagi wanita yang mengalami kitaran haid yang teratur . jika seorang wanita dapat mengenali tanda-tanda ovulasinya dan bentuk kitaran haid yang dialaminya metod ini dapat membantu dengan lebih berkesan dalam merancang atau mengelak kehamilan


Carta kalender

Dengan carta kalender seseorang dapat menjadikan jadual kitaran haidnya yang lalu sebagai panduan . Dia boleh mengira purata hari dalam kitaran haidnya dan meramalkan waktu dia akan mengalami kesuburan pada kitaran akan dating. Mulakan menyimpan rekod kitaran haid anda untuk tempoh 8-12 bulan berterusan . Atau bagi yang telah menyimpan rekod boleh melihat 8-12 bulan kebelakang. Hitung hari pertama anda mengalami haid sebagai hari pertama dalam kitaran. Apabila anda mengetahui tempoh kitaran paling panjang dan paling pendek untuk tempoh tertentu maka anda akan mendapat formula untuk mengetahui bilakah hari subur anda .

Ambil tempoh paling panjang dan paling singkat , bagi tempoh paling panjang tolakkan dengan 18 hasilnya adalah hari permulaan kesuburan anda , kemudian ambil tempoh tersingkat kitaran haid anda dan tolakkan dengan 11 hasilnya adalah hari terakhir kesuburan anda.

Andaikan tempoh dibawah sebagai contoh :

Mac 29 hari

April 26 hari

May 30 hari

Jun 31 hari

Julai 30 hari

Dalam contoh diatas kitaran terpendek adalah 26 hari dan terpanjang adalah 31 hari . tolakkan 11 dari 31 dan 18 dari 26 hasilnya hari yang ke 8 hingga 20 adalah hari subur.


Harap membantu :-)

No comments:

Post a Comment