Friday, July 30, 2010

Mengenai Pil Perancang




Fungsi pil perancang ialah MERANCANG KEHAMILAN, iaitu untuk menghalang kehamilan. Ia bertindak dengan mengganggu hormon estrogen dan progesteron dlam badan wanita.


Apa yang anda perlu tahu ialah kesan merbahaya pil perancang iaitu :



1) bengkak kaki disertai dengan sakit ( deep vein thrombosis )
2) Mata putih menjadi kuning, loya, badan lemah ( liver impairment)
3) Sakit jantung ( heart disease)
4) Tekanan darah tinggi ( hypertension )
5) Stroke



kesan-kesan sampingan pengambilan pil perancang:


  • Saluran darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang merokok dan mempunyai
    darah jenis A


  • Pening dan mual


  • Migraine


  • Muntah dan masalah masalah perut


  • “Fluid retention” – cecair badan susah dibuang dari badan


  • Sakit kepala


  • Buah dada menjadi tegang


  • Tekanan


  • Tekanan darah naik


  • Turun atau naik berat badan

Tidak semua wanita sesuai memakan pil perancang. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui samada anda calon yang sesuai menggunakan kaedah pencegah kehamilan ini.

No comments:

Post a Comment