Friday, July 13, 2012

MAAJUN ANGGUN BISTARI


Dengan Maajun Anggun Bistari, anda tidak perlu risau. Kaedah merancang keluarga tradisional ini adalah dijamin selamat dan bebas dari bahan kimia merbahaya.
Bukan hanya berfungsi untuk merancang, malah menjaga dan merawat pelbagai masalah dalaman wanita.
Hubungi Kaklong untuk mendapatkan MAB anda!!
Service penghantaran ke Seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.


Harga : Rm15 / 21 biji
(Sebulan)

Thursday, July 12, 2012

Kitaran haid perlu dihitung

Terkadang apabila para pesakit mengalami masalah pada kitaran haid, mereka akan datang berjumpa dengan para doktor dan soalan yang akan diajukan kepada para pesakit ialah, “Bilakah last period adik/ cik / puan?” Kebanyakan para pesakit akan menjawab, “Period saya kering pada….” atau “Saya mandi wajib pada….” Sebenarnya bukan itu jawapan yang dimahukan oleh doktor. Maksud soalan para doktor tadi ialah “ Bilakah tarikh last period adik/ cik/ puan bermula?” Rata-rata di antara mereka tidak ingat bilakah tarikh terakhir haid mereka bermula.

Oleh yang demikian, tabiat mencatit bilakah haid bermula dan berakhir ini perlulah diamalkan oleh setiap wanita yang masih mengalami haid. Tidak kisahlah jika hendak catit di dalam kalendar, diari mahupun telefon bimbit kerana tempoh kitaran haid kita sangatlah penting. Jika berlaku kitaran haid yang tidak stabil, lalu kita berjumpa dengan doktor. Kebiasaannya doktor ingin mengetahui kitaran haid kita dua atau tiga bulan sebelum ini.

Secara kebiasaannya kitaran haid kita ialah selama 28±5 hari. Kitaran haid terpendek boleh berlaku selama  21 hari dan kitaran haid terpanjang boleh berlaku selama 35 hari. Kitaran haid ini bermaksud hari pertama berlaku menstruasi/ haid  sehinggalah berlaku semula menstruasi/haid yang seterusnya. Misalnya seorang gadis datang haid pada 1 Januari dan kemudian dia datang semula haid pada 22 Januari. Ini bermaksud gadis itu normal bukanlah seperti yang biasa kita dengar haidnya tidak normal kerana dia datang 2 kali sebulan.

Wednesday, July 4, 2012

Pil Perancang

Cara ini adalah yang paling mudah dan popular untuk merancang keluarga. Peratus kejayaannya bolehlah dikatakan 99%. 

Pil perancang mengandungi hormon sintetik yang menyerupai hormon-hormon yang dikeluarkan oleh badan : 


# Estrogen dan progestogen – seperti Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon, Minulet, Mercilon


# Progestogen – jenama Noriday.
Jenis kedua (Noriday) kurang efektif tetapi sesuai untuk yang menyusukan anak. Ia sesuai juga untuk orang yang alahan dengan estrogen.
Kandungan hormon sintetik ini yang tinggi di dalam badan menyebabkan pengeluaran hormon FSH dan LH berkurangan. Akibatnya ovari tidak dirangsang dan telur tidak dikeluarkan. Oleh itu persenyawaan tidak boleh berlaku. Mukus di sekitar serviks pula menjadi pekat dan ini menyebabkann sperma sukar untuk memasuki rahim. 
Bagaimanapun ada kesan-kesan sampingan pengambilan pil perancang: 
#
 Saluran darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang merokok dan mempunyai darah jenis A

Pening dan mual
#
Migraine
#
Muntah dan masalah-masalah perut
#
“Fluid retention” – cecair badan susah dibuang dari badan
#
Sakit kepala
#
Buah dada menjadi tegang
#
Tekanan (depression)
#
Tekanan darah naik
#
Turun atau naik berat badan



# Sekiranya anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis, migrain dan sawan anda tidak digalakkan mengambil pil perancang


# Pil perancang tidak memberi perlindungan terhadap penyakit seperti AIDS


# Merokok semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.