Friday, July 30, 2010

Jangkitan kulat pada faraj


Jangkitan kulat terjadi apabila terdapat ketidak-seimbangan pada tahap asid dan normal bakteria dalam vagina menyebabkan terjadinya jangkitan kulat. Ia adalah jangkitan yang kerap terjadi dikalangan mereka yang aktif secara seksual dan juga wanita hamil.

Apa yang menyebabkan ia terjadi?


Jangkitan kulat boleh disebabkan oleh salah satu atau lebih dari sebab-sebab berikut:
Perubahan hormon semasa hamil
Pemakanan pil perancang
Pengambilan ubat antibiotik atau steroid
Penyakit kencing manis
Hubungan seks
Douching
Darah dan air mani

Apakah simtom jangkitan kulat?

Simtom-simtom termasuk:
Gatal, pedih dan sakit pada faraj
Keluar keputihan yang pekat seperti cheese dari faraj
Rasa pedih semasa kencing dan semasa seks
Bengkak, sakit, dan tumbuh bintik-bintik kemerahan pada faraj.

Apakah penyakit-penyakit lain yang saya mungkin hadapi?

Jangkitan kuman kelamin seperti sifilis, chlamydia, gonorrhea, atau trichomoniasis dan juga jangkitan bacterial vaginosis.

Bagaimana membuat diagnosa masalah jangkitan ini?

Selalunya doktor akan membuat pemeriksaan vaginal untuk melihat corak keputihan tersebut dan selalunya diagnosa akan dibuat secara klinikal. Sekiranya ragu, doktor akan mengambil swab dan menghantar kemakmal untuk ujian kultur.

Bagaimana jangkitan kulat ini dirawat?

Ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat anti fungal yang diletakan didalam faraj. Ia selalunya akan mengurangkan gatal-gatal dengan cepat dan jangkitan selalunya akan hilang selepas satu minggu. Terdapat juga ubat yang dimakan tetapi akan mengambil sedikit masa untuk merawat kegatalan. Anda boleh bertanya kepada doktor ubat sapu yang boleh digunakan untuk merawat sakit dan pedih disekitar faraj.

Bagaimana saya boleh mencegah jangkitan ini dari berlaku?

Jangkitan kulat boleh dicegah dengan mengamalkan perkara berikut:

Elakkan dari memakai seluar ketat dari kain bersintetik
Pakai seluar dalam dari kapas
Basuh faraj secara rutin dan keringkan ia selalunya.
Sapu faraj dengan tuala dari depan kebelakang
Mandi selepas aktiviti berenang dan keringkan faraj sebaiknya
Tukar seluar dalam sebaik sehaja selepas bersenam atau aktiviti lasak.
Jangan douche atau gunakan spray haruman pada faraj
Jangan pakai panty-liner
Jangan gunakan kertas tandas yang wangi atau berwarna
Makan makanan berkhasiat dan kurangkan makanan manis.
Amalkan memakan yogurt untuk mengalakan pertumbuhan bakteria baik dalam faraj.
Amalkan Maajun Anggun Bistari

Bila saya perlu berjumpa doktor?

Sekiranya anda mendapati simtom kegatalan masih tidak berubah selepas 3 hari rawatan atau simtom datang balik selepas rawatan, berjumpa balik dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda mungkin mengalami jangkitan yang lebih serius.

Jangan Abai Tanda Jangkitan Vagina


Kajian menunjukkan hampir 80 peratus wanita pernah mendapat jangkitan atau keradangan vagina (faraj) pada satu-satu masa sepanjang hayat mereka.

Bagaimanapun, Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan dan Ginekologi Kuala Lumpur, Dr Raman Subramaniam, berkata dianggarkan hanya seorang dalam setiap lima wanita (25 peratus) berjumpa pakar sakit puan kerana masalah vaginitis. Malah, kebanyakan mereka tidak tahu punca jangkitan.

Beliau berkata, kebanyakan masalah vaginitis juga dikesan bukan kerana wanita berkenaan ingin mendapatkan kepastian mengenai jangkitan itu, tetapi biasanya ketika datang membuat pemeriksaan rutin atau pap smear dan sebagainya. Dalam sesetengah kes bukan wanita itu sendiri yang mengesan jangkitan berkenaan sebaliknya, adalah pasangan.

“Jangkitan vagina atau dikenali sebagai vaginitis adalah masalah yang biasa dialami wanita, tetapi tidak semua mendapat rawatan yang betul sehingga menyebabkan masalah itu berterusan bertahun-tahun.

“Lebih-lebih lagi gejala vaginitis agak mengelirukan dan ada sesetengah doktor yang tidak melakukan diagnosis dengan sempurna seperti mengambil contoh lelehan vaginitis untuk analisis makmal,” katanya ketika pelancaran terapi gabungan vaginitis Neo Penotran yang mengandungi bahan antibakteria metronidazole (500 miligram) dan antikulat miconazole (100 miligram) anjuran Bayer Schering Pharma di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Raman berkata, biasanya diagnosis terhadap jangkitan itu memerlukan pemeriksaan contoh lelehan vagina di bawah mikroskop dan juga kultur, namun keberkesanan ujian bukan saja berbeza dan bukan sentiasa tepat, malah diagnosis sedemikian turut mengambil masa serta boleh meningkatkan kos kepada pesakit secara keseluruhan.

Pada masa sama, wanita yang mengalami vaginitis pula akan terus berasa tidak selesa dan ada kalanya jangkitan boleh bertambah teruk.

“Beberapa faktor mempengaruhi lelehan vagina iaitu umur, perubahan paras hormon dan penggunaan alat perancang kehamilan, haid atau kehamilan. Kadangkala alahan terhadap bahan kimia seperti sabun juga boleh menyebabkan keradangan vagina dan masalah ini akan hilang apabila penggunaan bahan kimia itu dihentikan,” katanya.

Kajian menunjukkan sebanyak 27 peratus kes vaginitis disebabkan jangkitan kulat dan ini diikuti bakteria sebanyak 21 peratus, parasit (lapan peratus) dan lain-lain (tiga peratus).

Bagaimanapun Dr Raman menegaskan, bukan semua lelehan vagina berpunca daripada jangkitan. Sesetengah lelehan adalah normal jika ia berlaku pada tengah kitaran haid (selepas haid), terutama bagi wanita muda berumur pertengahan 20 atau 30 tahun.

“Seseorang wanita boleh mengalami lebih daripada satu jangkitan pada satu-satu masa. Lebih 30 peratus kes vaginitis membabitkan jangkitan bakteria dan fungus. Walaupun ia masalah biasa, wanita perlu mendapatkan rawatan pakar kerana punca vaginitis tidak boleh ditentukan melalui gejala atau pemeriksaan fizikal saja. Malah, tiada satu gejala khas boleh menentukan jenis jangkitan yang dialami seseorang wanita. Kadangkala gejala menjadi sangat teruk sehingga wanita tidak boleh tidur dan alami kesakitan,” katanya.

Sementara itu, Perunding Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Wayne State, Amerika Syarikat, Profesor Jack D Sobel, berkata adalah penting bagi wanita peka terhadap tiga penyumbang utama yang menyebabkan vaginitis dan gejalanya supaya mereka boleh membuat rawatan awal dan mendapat rawatan yang betul.



Lagi Tips :

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelak jangkitan dan menjaga vagina:

  • Selepas mandi bilas sabun pada bahagian luar genitalia (lipatan mengelilingi bukaan vagina dan uretra) betul-betul dan pastikan bahagian itu benar-benar kering bagi mencegah kerengsaan.
  • Galakkan pasangan menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seksual, ia bagi mengelakkan jangkitan merebak melalui hubungan seksual.
  • Pakai seluar dalam daripada material kain kapas dan elak memakai seluar dalam yang lembap serta ketat.
  • Elakkan menggunakan sabun wangi bagi mencuci bahagian sulit, tampon atau penggunaan tuala wanita yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Selepas menggunakan tandas, sapu dari bahagian depan ke belakang bagi mengelakkan penyebaran bakteria pada vagina.
  • Selepas mengadakan hubungan kelamin dan jika ingin mengelak kehamilan, jangan memancutkan air pada faraj.Wanita dan vaginatis antara perkara yang berkaitan:
  • Wanita yang menghidap penyakit seperti kencing manis tidak terkawal juga mempunyai risiko tinggi mengalami jangkitan kulat dan masalah ini hilang apabila paras gula dalam darah terkawal.
  • Apabila mengalami jangkitan, segera jalani pemeriksaan. Pemeriksaan membabitkan soal selidik sejarah jangkitan faraj atau penyakit jangkitan kelamin, ujian rahim atau pH lelehan vagina.
  • Ketika pemeriksaan doktor mungkin perlu mengambil sampel dinding rahim atau lelehan farajuntuk ujian makmal,
  • Vaginitis tidak menyebabkan kematian, tetapi boleh membuatkan seseorang wanita berasa tidak selesa, sakit pada vagina dan sebagainya.
  • Jika vaginitis berpunca daripada bakteria, ia boleh melarat hingga membawa kepada penyakit keradangan pelvis (PID) yang seterusnya berpotensi menjejaskan kesuburan dan menyebabkan kehamilan luar rahim.
  • Jika punca vaginitis adalah gabungan antara bakteria dan trikomoniasis (bakteria yang berada dalam usus) ia boleh menjejaskan kehamilan hingga menimbulkan masalah kelahiran tidak cukup bulan dan bayi lahir dengan masalah kurang berat badan.
  • 1 comment: