Wednesday, July 4, 2012

Pil Perancang

Cara ini adalah yang paling mudah dan popular untuk merancang keluarga. Peratus kejayaannya bolehlah dikatakan 99%. 

Pil perancang mengandungi hormon sintetik yang menyerupai hormon-hormon yang dikeluarkan oleh badan : 


# Estrogen dan progestogen – seperti Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon, Minulet, Mercilon


# Progestogen – jenama Noriday.
Jenis kedua (Noriday) kurang efektif tetapi sesuai untuk yang menyusukan anak. Ia sesuai juga untuk orang yang alahan dengan estrogen.
Kandungan hormon sintetik ini yang tinggi di dalam badan menyebabkan pengeluaran hormon FSH dan LH berkurangan. Akibatnya ovari tidak dirangsang dan telur tidak dikeluarkan. Oleh itu persenyawaan tidak boleh berlaku. Mukus di sekitar serviks pula menjadi pekat dan ini menyebabkann sperma sukar untuk memasuki rahim. 
Bagaimanapun ada kesan-kesan sampingan pengambilan pil perancang: 
#
 Saluran darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang merokok dan mempunyai darah jenis A

Pening dan mual
#
Migraine
#
Muntah dan masalah-masalah perut
#
“Fluid retention” – cecair badan susah dibuang dari badan
#
Sakit kepala
#
Buah dada menjadi tegang
#
Tekanan (depression)
#
Tekanan darah naik
#
Turun atau naik berat badan



# Sekiranya anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis, migrain dan sawan anda tidak digalakkan mengambil pil perancang


# Pil perancang tidak memberi perlindungan terhadap penyakit seperti AIDS


# Merokok semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.

1 comment:

  1. sy mkn MAB waktu mlm, adakah esok pg sy boleh minum minuman berkafien? Atau brp jarak masa boleh minum minuman berkafien?

    ReplyDelete