Friday, October 29, 2010

Jangan skip MAB kalau nak merancang

Antara soalan lazim tentang MAB sebagai family planning / perancang keluarga.

"Kenapa perlu makan MAB sepanjang 21 hari tu? Kalau makan sebelum atau masa nak bersama jer tak boleh ke? Malas la nak makan hari2"


Ni jawapannya :

Ni dari pemahaman saya kenapa takleh skip mkn MAB ni selama 21 hari. Setiap dari kita , kitaran haid tak sama atau lebih kurang.. so penting kena tau kitaran period setiap bulan..

Utk pengetahuan, waktu yg paling subur mengikut pembacaan saya ialah 14 hari dari hari pertama next period, bukan dari period yg sebelumnya tau..

Cth : kalau 28 hari kitaran haid kita (dari 1st period ke next period = 28hari) maknanya hari yg plg subur ialah hari ke-14 (28-14 kalau kitaran 32, jd waktu subur adalah 32-14= hari ke-18) jadi susahkan nk tentukn bila waktu suburnya sbb nk kena tgu next period kekadang 31 kekadang 29 hari.

Jadi apa yg boleh buat ialah kita agak2 dlm range waktu seminggu tu je..

Dan perlu paham juga yg kita akan keluarkan telur utk disenyawakan pd waktu subur ini dan ia akan hidup selama 1 - 2 hari, manakala sperma pulak akan hidup sehingga 5 hari...jadi kita tak dpt nk pastikan bile sebenarnya telur itu akn betul2 disenyawakan..

Sebab itu ler kena mkn berterusan setiap hari pd waktu yg sama.. disebabkn juga satu biji MAB tahan dlm bdn utk tempoh 24jam, jadi bila time bersama je mkn dan esoknye tak mkn, besar kemungkinan katalah telur kita keluar pd hari esoknya... benih sperma masih ada lagi yg masih hidup.. maka akan berlaku la persenyawaan..

Sebaliknye kalau berterusan MAB diambil.. suhu panas dr MAB insyaallah akan menjamin ketidakselesaan pd proses persenyawaan ini berlaku walaupun selepas seminggu dari waktu subur tu.

Dia tak sama dgn pil2 yg mmg ada kena mkn setiap kali waktu bersama tu..maybe pil tu dibuat khusus utk terus menyekat telur kite dr keluar atau mematikan hormon kita disebabkan ianya ada bahan kimia. Manakala MAB kita dibuat dari herba2 semulajadi tiada campuran kimia, dlm masa yg sama ianya menyuburkan rahim dan hormon kita... jadi kalau tak mkn or skip seminggu peluang nk hamil mmg tinggi. ni berdasarkan penglaman customer2 saya yg terskip mkn selalunya sampai seminggu mmg akan lekat.. tapi kalu takat 2 hari tu lps tu mkn balik insyaallah selamat lagi..


Mmg kena faham konsep ni betul2, esp dealer2.. sbb tu jugak la MAB tak dijual kat mana2 toko jamu ke kedai ke.. sbb kalu org tak paham konsep ni.. mmg akan lintang pukang le period dia ataupun dari asalnya planning tp tup2 mengandung pulak.. dah MAB yg jd mangsa..kiranya nk mkn MAB kena ada perunding (dealer yg berilmu dan bertanggungjawab).

Kredit utk Fasida WMC

Friday, October 8, 2010

Kandungan & Khasiat



KELEBIHAN RAMUAN



HERBA DALAM PERUBATAN MASAKINI


Tumbuhan yang ada di permukaan bumi memiliki keistimewaan dan keutamaan tersendiri. Kesuburan dan kehijauannya merupakan anugerah Allah SWT sehingga di dalamnya memiliki keberkatan dan rahmat yang besar. Melalui siraman hujan dan sinaran matahari maka tumbuha-tumbuhan tersebut mempunyai kelebihan yang dapat menyembuhkan penyakit dan menjadi bahan yang boleh mengatasi masalah yang dihadapi manusia.


Setiap penyakit yang menimpa seseorang pasti ada ubat yang boleh menyembuhkannya. Melalui ketentuan tersebut, manusia berusaha untuk mencari formula agar dapat merawatnya dengan sempurna. Dengan pertolongan Allah, maka maka manusia sentiasa membuat kajian terhadap berbagai jenis tumbuhan herba yang boleh dijadikan sebagai penawar terhadap berbagai jenis penyakit. Akhirnya itu akan meringankan individu untuk menghadapi kehidupan harian.

Kandungan M.A.B

1.kacip Fatimah
2.serapat
3.senduduk
4. inai
5.manjakani
6.madu
7.jintan hitam/habatuss sauda



Khasiat setiap kandungan


1. Kacip Fatimah
- dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
- dapat merangsangkan p
engeluaran hormon yang dapat melancarkan p
erjalanan dan kitaran haid wanita.
- dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid
- juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir
2. Serapat
– Meningkatkan hormon estrogen
- Mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (Kemutan)
- Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin
- Memperkemaskan saluran peranakan
- Membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)
- Memperbetulkan perjalanan haid
- Melegakan senggugut dan medu
- Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda
- Mencantikkan Payudara dari dalaman tubuh
3. Senduduk
- mempunyai nilai perubatan yang tinggi
- untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
- mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama
4. Inai
- Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan) – untuk menghentikan pendarahan.
- Untuk luka bersalin dan pembedahan – dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan
- Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin
5. Habatussauda
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh
- Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
- Meningkatkan bioaktivitas hormon
- Menetralkan racun dalam tubuh,
- Mengatasi gangguan tidur dan stress,
- Anti histamin/anti alergi
- Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
- Melancarkan air susu ibu
- Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
- Anti tumor
- Nutrisi bagi manusia
- Anti Oksidan
- Anti infektif dan broncodialating
6. Manjakani
- menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita
- dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
- dapat mengurangkan lelehan mukus
- membantu menstabilkan hormon
- melancarkan darah dan memberi tenaga
- begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
- Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
- Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
- Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
- dapat menghilangkan jerawat
- amalan setiap hari dapat mengempiskan perut
7. Madu
- Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
- Menghentikan batuk dengan cepat
- Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
- Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
- Menghentikan kesakitan sendi
- Baik untuk sistem pernafasan
- Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
- Membunuh kuman dan virus didalam darah
- Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
- Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
- Meningkatkan prestasi mental
- Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.