Saturday, July 31, 2010

Pap Smear


APAKAH PAP SMEAR DAN BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELAKUKANNYA?

“Pap Smear” ialah hasil coletan permukaan pangkal rahim atau serviks yang menunjukkan profil sel bahagian tersebut berada pada pada keadaan sihat atau sebaliknya. Perkataan “Pap” membawa maksud singkatan huruf bagi “Papanicalaou”. Ia diambil dari nama saintis Amerika iaitu Goerge Papanicalaou yang memperkenalkan kaedah pengambilan sel dan coletan dari tisu faraj dan serviks yang diproses untuk dikajiselidik dengan alat mikroskop untuk mengenali perubahan awal penyakit atau kanser.

Coletan “Pap” atau “Pap Smear” diambil apabila haid wanita itu sudah kering dan sebaik-baiknya selepas dua hari melakukan hubungan kelamin. dan ini bermakna, pada hari ketiga coletan pada pangkal serviks itu boleh dilakukan.

Melalui pemeriksaan pelvik tersebut, doktor atau jururawat akan memasukkan alat pembuka faraj untuk meneliti pangkal rahim. Coletan dilakukan kepada pangkal rahim secara menyeluruh dan hasil coletan akan dicolet pula kepada slaid glas dan diproses untuk dihantarkan kepada makmal bagi proses lanjutan dan kajiselidik.

Ramai wanita beranggapan, Pap Smear adalah ujian yang menyakitkan, sehingga ada kalangan wanita yang aktif dalam hubungan kelamin mengabaikan saranan ujian itu semata-mata kerana takut. Persoalannya, dakah pemeriksaan itu benar-benar menyakitkan? Pap Smear senang dilakukan dan tidak akan menyakitkan. Ada seolah-olah tidak terasa sewaktu melaluinya kerana waktu pemeriksaan hanya mengambil masa sekitar satu minit. Walaubagaimanapun, terdapat sebilangan wanita malu untuk menjalani pemeriksaan kerana terpaksa mendedahkan alat kelamin terutama kepada doktor lelaki. Perasaan itu perlu disingkirkan kerana pemeriksaan ini benar-benar penting untuk menjaga kesihatan anggota kelamin. Anda boleh membuat temujanji dengan doktor atau jururawat wanita untuk tujuan tersebut. Ini bermakna, anda tidak ada sebab untuk tidak mahu menjalani pemeriksaan Pap Smear.

KENAPA IA PERLU?

Pangkal rahim wanita yang sudah melakukan hubungan akan terdedah kepada pelbagai jangkitan akibat kesan air mani dan berbagai kontaminasi kuman dan kulat yang terdapat di sekitar faraj dan zakar. Perkara ini boleh memberi tekanan kepada permukaan pangkal rahim lebih-lebih lagi kepada bahagian permukaan serviks yang diberi nama zon transformasi. Zon transformasi ini ialah bahagian pangkal rahim yang boleh dikatakan lemah dan mudah berubah sekiranya tertekan. Tekanan yang dimaksudkan ialah berkaitan dengan jangkitan sekiranya pasangan kelamin itu tidak peka dengan kebersihan dan “hygien” anggota kelamin masing-masing.

Walaubagaimanapun, pemeriksaan ini perlu dilakukan secara berkala dan sekiranya gagal untuk melakukannya, kesihatan anggota kelamin wanita itu mungkin terabai dan terdedah dengan berbagai gejalah kepada infeksi yang mungkin akan memudaratkan anggota tersebut dan mengancam hubungan intim.

Kanser pangkal rahim adalah salah satu infeksi yang boleh dikesan melalui pemeriksaan Pap Smear. Seperti yang diketahui umum, kanser ini adalah pembunuh kedua wanita. Hasil kajian menunjukkan bilangan waniya yang didapati menghidap penyakit ini tidak kurang dari 2000 kes setahun. Tidak ada tanda awal yang dapat mengesan berlakunya kanser pangkal rahim kecuali ujian Pap Smear. Tanda-tanda seperti pendarahan selepas persetubuhan, atau pengeluaran keputihan yang luarbiasa tidak bererti wanita itu mengalami kanser pangkal rahim.

Kepada mana-mana wanita yang sudah mendirikan rumahtangga dan telah mula melakukan hubungan kelamin, bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan anggota kelaminnya seperti menjalani pemeriksaan sendiri kemaluan (vulva) atau VSE (vulva self-examination) untuk meneliti bahagian kemaluan dari paras tundun sehingga ke paras pembukaan lubang najis, termasuk pembukaan faraj dan lubang kencing untuk melihat sekiranya terdapat apa jua gejala yang tidak sihat seperti kemelecetan, parutan, kekeringan, pendarahan, kekesatan dan sebagainya. Perubahan yang luarbiasa mungkin petanda masalah kesihatan sedang berlaku dan segeralah rujuk kepada pakar kesihatan. Paling utama, pastikan anda menjalani pemeriksaan Pap Smear mengikut jadual.

Ketahuilah, kesihatan kelamin yang kukuh dapat menjamin keluarga sejahtera dan hubungan intim yang lebih membina.

Friday, July 30, 2010

Aturan Pengambilan





1. Bagi yang lepas pantang, mula makan hari ke 44 lepas bersalin

2. Bagi yang merancang sendiri, mula makan pada hari ke 3, 4 atau 5 period.
3. Bagi yang ambil pil perancang ingin bertukar ke MAB, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period.. MAB juga boleh makan bersama pil
4. Bagi yang sedang merancang menggunakan IUD, kaedahnya seperti berikut :

i) Kes yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan
ii)Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period. Bila IUD sudah expired nanti boleh putuskan sama ada nak teruskan pakai IUD atau MAB sahaja
5. Bagi yang sedang merancang menggunakan Injection, Kaedahnya seperti berikut :-

i) Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada hari ke 3,4 @ 5
ii)Bagi yang tak period, dapat MAB boleh terus makan. Selepas expired injection, boleh putuskan utk terus sambung injection atau MAB sahaja

6. Makan 1 biji sahaja sekali sehari sama ada pagi/malam setiap hari selama 21 hari. Selepas habis, REHAT selama 6 hari dan selepas itu sambung botol ke 2 dan seterusnya.

Contohnya: Jika pil yang terakhir makan hari Sabtu, maka sambung semula botol ke 2 pada hari Sabtu minggu seterusnya. Jika makan pagi, botol ke 2 pun teruskan ambil pagi.. begitu juga jika ambil malam.
7. Bagi kes lupa makan, cara adalah seperti berikut :-

i) Lupa makan waktu malam, pagi esok ambil 1 biji sebagai ganti, jika masih juga lupa, maka malam kena ambil 2 biji sekali.
ii) Lupa makan pagi, malamnya ambil 1 biji sebagai ganti, jika masih lupa, maka pagi esok kena ambil 2 biji sekali.

Khidmatrunding yang lebih terperinci akan diberikan pada pelanggan kaklong. Setiap belian MAB akan disertakan pamplet sebagai guide.

Jangkitan kulat pada faraj


Jangkitan kulat terjadi apabila terdapat ketidak-seimbangan pada tahap asid dan normal bakteria dalam vagina menyebabkan terjadinya jangkitan kulat. Ia adalah jangkitan yang kerap terjadi dikalangan mereka yang aktif secara seksual dan juga wanita hamil.

Apa yang menyebabkan ia terjadi?


Jangkitan kulat boleh disebabkan oleh salah satu atau lebih dari sebab-sebab berikut:
Perubahan hormon semasa hamil
Pemakanan pil perancang
Pengambilan ubat antibiotik atau steroid
Penyakit kencing manis
Hubungan seks
Douching
Darah dan air mani

Apakah simtom jangkitan kulat?

Simtom-simtom termasuk:
Gatal, pedih dan sakit pada faraj
Keluar keputihan yang pekat seperti cheese dari faraj
Rasa pedih semasa kencing dan semasa seks
Bengkak, sakit, dan tumbuh bintik-bintik kemerahan pada faraj.

Apakah penyakit-penyakit lain yang saya mungkin hadapi?

Jangkitan kuman kelamin seperti sifilis, chlamydia, gonorrhea, atau trichomoniasis dan juga jangkitan bacterial vaginosis.

Bagaimana membuat diagnosa masalah jangkitan ini?

Selalunya doktor akan membuat pemeriksaan vaginal untuk melihat corak keputihan tersebut dan selalunya diagnosa akan dibuat secara klinikal. Sekiranya ragu, doktor akan mengambil swab dan menghantar kemakmal untuk ujian kultur.

Bagaimana jangkitan kulat ini dirawat?

Ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat anti fungal yang diletakan didalam faraj. Ia selalunya akan mengurangkan gatal-gatal dengan cepat dan jangkitan selalunya akan hilang selepas satu minggu. Terdapat juga ubat yang dimakan tetapi akan mengambil sedikit masa untuk merawat kegatalan. Anda boleh bertanya kepada doktor ubat sapu yang boleh digunakan untuk merawat sakit dan pedih disekitar faraj.

Bagaimana saya boleh mencegah jangkitan ini dari berlaku?

Jangkitan kulat boleh dicegah dengan mengamalkan perkara berikut:

Elakkan dari memakai seluar ketat dari kain bersintetik
Pakai seluar dalam dari kapas
Basuh faraj secara rutin dan keringkan ia selalunya.
Sapu faraj dengan tuala dari depan kebelakang
Mandi selepas aktiviti berenang dan keringkan faraj sebaiknya
Tukar seluar dalam sebaik sehaja selepas bersenam atau aktiviti lasak.
Jangan douche atau gunakan spray haruman pada faraj
Jangan pakai panty-liner
Jangan gunakan kertas tandas yang wangi atau berwarna
Makan makanan berkhasiat dan kurangkan makanan manis.
Amalkan memakan yogurt untuk mengalakan pertumbuhan bakteria baik dalam faraj.
Amalkan Maajun Anggun Bistari

Bila saya perlu berjumpa doktor?

Sekiranya anda mendapati simtom kegatalan masih tidak berubah selepas 3 hari rawatan atau simtom datang balik selepas rawatan, berjumpa balik dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda mungkin mengalami jangkitan yang lebih serius.

Jangan Abai Tanda Jangkitan Vagina


Kajian menunjukkan hampir 80 peratus wanita pernah mendapat jangkitan atau keradangan vagina (faraj) pada satu-satu masa sepanjang hayat mereka.

Bagaimanapun, Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan dan Ginekologi Kuala Lumpur, Dr Raman Subramaniam, berkata dianggarkan hanya seorang dalam setiap lima wanita (25 peratus) berjumpa pakar sakit puan kerana masalah vaginitis. Malah, kebanyakan mereka tidak tahu punca jangkitan.

Beliau berkata, kebanyakan masalah vaginitis juga dikesan bukan kerana wanita berkenaan ingin mendapatkan kepastian mengenai jangkitan itu, tetapi biasanya ketika datang membuat pemeriksaan rutin atau pap smear dan sebagainya. Dalam sesetengah kes bukan wanita itu sendiri yang mengesan jangkitan berkenaan sebaliknya, adalah pasangan.

“Jangkitan vagina atau dikenali sebagai vaginitis adalah masalah yang biasa dialami wanita, tetapi tidak semua mendapat rawatan yang betul sehingga menyebabkan masalah itu berterusan bertahun-tahun.

“Lebih-lebih lagi gejala vaginitis agak mengelirukan dan ada sesetengah doktor yang tidak melakukan diagnosis dengan sempurna seperti mengambil contoh lelehan vaginitis untuk analisis makmal,” katanya ketika pelancaran terapi gabungan vaginitis Neo Penotran yang mengandungi bahan antibakteria metronidazole (500 miligram) dan antikulat miconazole (100 miligram) anjuran Bayer Schering Pharma di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Raman berkata, biasanya diagnosis terhadap jangkitan itu memerlukan pemeriksaan contoh lelehan vagina di bawah mikroskop dan juga kultur, namun keberkesanan ujian bukan saja berbeza dan bukan sentiasa tepat, malah diagnosis sedemikian turut mengambil masa serta boleh meningkatkan kos kepada pesakit secara keseluruhan.

Pada masa sama, wanita yang mengalami vaginitis pula akan terus berasa tidak selesa dan ada kalanya jangkitan boleh bertambah teruk.

“Beberapa faktor mempengaruhi lelehan vagina iaitu umur, perubahan paras hormon dan penggunaan alat perancang kehamilan, haid atau kehamilan. Kadangkala alahan terhadap bahan kimia seperti sabun juga boleh menyebabkan keradangan vagina dan masalah ini akan hilang apabila penggunaan bahan kimia itu dihentikan,” katanya.

Kajian menunjukkan sebanyak 27 peratus kes vaginitis disebabkan jangkitan kulat dan ini diikuti bakteria sebanyak 21 peratus, parasit (lapan peratus) dan lain-lain (tiga peratus).

Bagaimanapun Dr Raman menegaskan, bukan semua lelehan vagina berpunca daripada jangkitan. Sesetengah lelehan adalah normal jika ia berlaku pada tengah kitaran haid (selepas haid), terutama bagi wanita muda berumur pertengahan 20 atau 30 tahun.

“Seseorang wanita boleh mengalami lebih daripada satu jangkitan pada satu-satu masa. Lebih 30 peratus kes vaginitis membabitkan jangkitan bakteria dan fungus. Walaupun ia masalah biasa, wanita perlu mendapatkan rawatan pakar kerana punca vaginitis tidak boleh ditentukan melalui gejala atau pemeriksaan fizikal saja. Malah, tiada satu gejala khas boleh menentukan jenis jangkitan yang dialami seseorang wanita. Kadangkala gejala menjadi sangat teruk sehingga wanita tidak boleh tidur dan alami kesakitan,” katanya.

Sementara itu, Perunding Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Wayne State, Amerika Syarikat, Profesor Jack D Sobel, berkata adalah penting bagi wanita peka terhadap tiga penyumbang utama yang menyebabkan vaginitis dan gejalanya supaya mereka boleh membuat rawatan awal dan mendapat rawatan yang betul.



Lagi Tips :

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelak jangkitan dan menjaga vagina:

  • Selepas mandi bilas sabun pada bahagian luar genitalia (lipatan mengelilingi bukaan vagina dan uretra) betul-betul dan pastikan bahagian itu benar-benar kering bagi mencegah kerengsaan.
  • Galakkan pasangan menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seksual, ia bagi mengelakkan jangkitan merebak melalui hubungan seksual.
  • Pakai seluar dalam daripada material kain kapas dan elak memakai seluar dalam yang lembap serta ketat.
  • Elakkan menggunakan sabun wangi bagi mencuci bahagian sulit, tampon atau penggunaan tuala wanita yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Selepas menggunakan tandas, sapu dari bahagian depan ke belakang bagi mengelakkan penyebaran bakteria pada vagina.
  • Selepas mengadakan hubungan kelamin dan jika ingin mengelak kehamilan, jangan memancutkan air pada faraj.Wanita dan vaginatis antara perkara yang berkaitan:
  • Wanita yang menghidap penyakit seperti kencing manis tidak terkawal juga mempunyai risiko tinggi mengalami jangkitan kulat dan masalah ini hilang apabila paras gula dalam darah terkawal.
  • Apabila mengalami jangkitan, segera jalani pemeriksaan. Pemeriksaan membabitkan soal selidik sejarah jangkitan faraj atau penyakit jangkitan kelamin, ujian rahim atau pH lelehan vagina.
  • Ketika pemeriksaan doktor mungkin perlu mengambil sampel dinding rahim atau lelehan farajuntuk ujian makmal,
  • Vaginitis tidak menyebabkan kematian, tetapi boleh membuatkan seseorang wanita berasa tidak selesa, sakit pada vagina dan sebagainya.
  • Jika vaginitis berpunca daripada bakteria, ia boleh melarat hingga membawa kepada penyakit keradangan pelvis (PID) yang seterusnya berpotensi menjejaskan kesuburan dan menyebabkan kehamilan luar rahim.
  • Jika punca vaginitis adalah gabungan antara bakteria dan trikomoniasis (bakteria yang berada dalam usus) ia boleh menjejaskan kehamilan hingga menimbulkan masalah kelahiran tidak cukup bulan dan bayi lahir dengan masalah kurang berat badan.
  • Soal & Jawab MAB

    Himpunan soal jawab mengenai M.A.B antara customer , Kak Zah (KZ) dan dealer2 MAB.



    Originally Posted by taska
    Salam...

    Saya penguna baru MAB...Masalah period problem + keputihan..Baru ambik MAB 3hari...Alhamdulilah...masalah keputihan hilang..

    La nie tinggal masalah period yg masih tak mai..harap2 MAB boleh membantu..

    Nak tanya...klu macam anak dara mcmana cara pengambilan MAB???
    salam n welcome taska,

    utk taska....teruskan sehari sebiji hingga habis dan rest 1 minggu,nnt kita tengok masa rest ni dtg period ke x

    utk anak dara :
    period normal setiap bln, mula pd hr ke 3 atau 4 atau 5 period dan mkn mcm kita jg.
    period x nomal dpt mab terus mula mkn dan mkn mcm kita yg planning jg.tq




    Originally Posted by julia07
    assalammualaikum..
    ju baru je dapat tau MAB ni..mula2 saje nak jenguk..tp bila baca posting2 rasa mcm menarik pulak..

    ju sebenarnya bukan nak merancang keluarga..tapi nak menambah keluarga..dah 3 tahun kawin..tp belum mengandung lagi..boleh ke makan MAB ni utk mengandung??

    risau jgk nak amalkan MAB..sebab salah satu fungsinya utk merancang keluarga kan..

    **tlglah bagi pandangan..takut salah makan nanti..jadi pil perancang plak
    salam julia, bole lah try mab sbb dah ada yg berjaya mengandung lps mencuba, kes yg susah mengandung lah ni.

    mab bantu cuci drh kotor yg tersimpan jg yg blocking dr pregnant, kak suggest 6 btl . 3 btl pertama utk rawatan d atas dan 3 btl lg utk kesuburan iaitu lancarkan period.

    lps 6 btl dan period normal setiap bulan, bole d tentukan waktu subur, terus stop mab dan try utk pregnant, JOM TRY. -KZ-



    Originally Posted by pev2812
    Salam Kak Zah!

    Saya Aswath dr Penang. Saya nak tnya ckit. Saya ada jual MAB kat kwn2 saya dan ada 1 soalan nak tnya. Seorg kwn saya nie X mai period dah 2/3 bln dan dia try mkn MAB bersama pil hormon. Boleh ka dia mkn 2 ubt sekali? utk pengetahuan Kak Zah muka dia penuh jerawat dan skrg lg byk jerawat slps mkn MAB. Dan dia juga mengalami sakit di bhgn blkg tumit. Blh bg pandangan X tentang masalah ini. Saya baru nak belajar. Klau boleh nak jadi dealer kwsn Parit Buntar, Perak. Saya baru nak msk botol ke 3 dan period pun masih gelong lg. TaP MAB nih mmg memberansangkan.

    Nurul Aswath.

    salam....jawapan utk kawan - jk dh mkn mab bersamapil hormon teruskn lah, sbb mab leh campur dgn ubat klinik/hospital - jgn campur dgn herba shj d awal mkn MAB.

    awal2 mkn ada tindak bls awal spt yg kawan alami, jgn risau slowly akan ok nnt.
    tindk bls ni tmasuklah dtox - drh kotor, angin, kolestrol/lemak.

    kawan anak dara ke?jerawat aktif ni biasa pd anak dara.tqvm -KZ-



    Originally Posted by eryza
    Salam,

    Saja nak bertanya... kalau makan MAB (mungkin x ikut aturan) lepas tu hamil. kandungan ada masalah ke? TQ
    maaf lah x dpt lah nk jawap ttg kandungan tu....berdoalah semoga selamat. -KZ-

    Quote:
    Originally Posted by eryza
    Kawan sy baru makan botol ke 2... setiap hari makan 1 biji, tp pagi petang yg dia x brapa ikut aturan. So skang pregnant......
    MAB mmg di rumus sbg FAMILY PLANNGING JIKA DI AMALKN DGN ATURAN MAKAN YG BETUL DAN DISIPLIN.

    CTH:PERLU MKN PD MASA YG TEPAT, JK MKN PAGI SETIP PAGI PELU MKN DAN JK MKN JAM 8 MLM MAKA SETIAP MLM JAM 8 PERLU MKN, JK TAK MKN SAMADA LUPA ATAU SUKA2, LPS DR 24 JAM DR PENGAMBILAN MAB,MAKA TIADA 'PROTECTION' LAGI DR MAB. -KZ-




    Originally Posted by ezan0715
    sayer baru nk cube makan mab nih...tapi takut2 lak...sayer nih amik perancang care suntikan...dah 2 tahun...tapi haid mmg tak datang la 2 bulan tu...pastu terus la sayer takde selera nk bersama suami...makan jamu pon macam tak jalan...mgkin sbb sayer tak datang bulan kot....agak2 mab nih ley bantu tak...ade side efek ker tak...kot2 la badan jadik gemuk ker...adoiiii

    salam ezan ..

    kalau gitu mmg harus le makan MAB ..
    customer zr ramai yg just makan pil doc, mmg xdak langsung selera dgn huby.. tuptup lepas try mab dlm 1 week , hasilnye sgt2 ler memuas kan ... now ngndung 5 bln dh heheheeh


    Bila kita makan MAB insyaallah period dtg tiap2 bulan..mula2 tu dlm adjusting period mungkin akan bercelaru sikit. Ramai org yg mkn pil bertukar kpd MAB utk elak badan naik...MAB tidak menaikkan badan malah akan bantu dptkan berat bdn ideal.

    Hubby mesti lebih suka nanti sebab MAB akan bantu mantapkan peranakan & bhgn sulit kita...rahim yg sihat akan rembeskan hormon yg membantu tingkatkan keseronokan dlm hubungan suami isteri ni...


    Originally Posted by lynn5234
    salam.. nak tanya skit.. kalau org yang lepas pantang kena mula hari yang ke-44 kan, tapi kalu mkn lewat sikit boleh tak?? sebab jamu yang lain tu masih ade lagi..
    takpe, habiskan jamu dlm pantang tu.. jangan membazir.. dah habis, teruskan mula MAB
    -Julia-



    Originally Posted by DRMAZNI

    Salam..

    Sy pengguna baru MAB. Ingin bertanya,

    1) semasa tempoh rehat 7 hari tu (dlm tempoh penyesuaian) klo x dtg period, blh bersama suami atau tidak?


    2) bila dh serasi dgn MAB, slps 21hari, mmg
    confirm akan period 7 hari atau mcm mana? Ada kes tk yg time rehat 7 hari tu xperiod w/pun dh lama amalkan MAB? klo ada, mcm mana cara utk plan supaya xpregnant?
    thank you in advance.


    Jawapan:

    1)boleh jk sebelum tu mkn dgn aturan betul dan disiplin
    2)awal mkn ada tindak bls utk serasi, poses dtox akan berlaku, may be period jd kelam kabut....try lh mkn nnt kamai akan guide pd pmasalahn yg blaku.
    -KZ-


    Originally Posted by ummii
    Salam,

    Kak Zalpermai.

    Saya dh beli MAB ngan Dealer 39.saya nak tnye bila saya bole makan MAB ni.sbb masuk hari ni 29/03/10 saya dh lewat dtg period 6 hari.dah cek urin.x pregnant. so bila saya bole mkn.nt time mkn MAB period dtg pulak,mcm mana, masih bole teruskan makan ke???
    salam.....jika period mmg xteratur dan dh comfirm x pregnant bole terus mula mkn.

    sdg mkn period, jgn stop ya, terus mkn mab hingga habis dan rest 1 minggu...detail minta dealer 39 guide ya,tqvm -KZ-



    Originally Posted by naidanish

    Slm,
    Sy telah diperkenalkan kpd MAB tapi masih belum mengambilnya. Hr ni sy period 1st day tp warna coklat kehitaman. Seblum ni last period sy pd hujung Jan 2010 mmg heavy flow. Period sy 2 bln sekali. Sy sedang berusaha utk membetulkan kitaran period kerana ingin mengandung lg. Soalan sy :


    1. Bile mase yg sesuai utk sy ambil MAB?

    - pilih hari ke 3,4 atau 5 period

    2. Mcmane kalo sy ttp x period lps ambil botol pertama MAB?
    - terus kan .. kdng2 period akan ting tong tu permulaan sahaja

    3. Adakah sy perlu teruskan dgn botol ke-2 lps 7 hr rehat?
    - ye betui

    TQ


    Originally Posted by nexstar
    Salam , nak tanya, bolehkah slps mkn MAB kemdian minum minuman yang mempunyai herba-herba sbg cth kopi atau teh yang ramuannya terdiri drp kacip fatimah, tongkat ali spt Kopi Radix, teh misai kucing, kopi gano dll. Harap membantu
    Salam

    Jika mkn MAB, tak boleh campur dgn apa2 produk yg ada herba
    nnt ia akan menggangu kitaran priod, atau akan ada kesan2 lain
    harap maklum...... -Irajoe-


    Originally Posted by star82
    Salam..

    sy baru je makan mab ni 1 minggu utk family planning..apa yg sy perasan..susu bdn makin berkurangan..dh bykkn minum air masak...tapi tu laaa...kesian pula pd bb..perlu ke sy stop mkn mab?


    btul tak cara mkn sy ni utk family planning...start dr hr pertama lg sy mkn jam 7ptg..maknanya hr2 berikutnya jam 7 ptg gak kan...?

    maaf kalau soalan ni dh berulang2...nak baca dr page awal mmg tak larat...memandangkn kedai akak kina ni mmg top..
    pls advise ya..TQ
    salam.....kak nasihatkn terus mkn dan jk mkn produk berherba minta stopkan dan dptkan supplement utk byk kan susu.dan terus minum air kosong byk.

    ya jika mkn jam 7 ptg stiap 7 ptg star kena mkn lh, jk awal atau lewat 2 jam ok lg, tp kak suka disiplin kan ms mkn agar x lupa.BAGAIMANA DGN MULA MKN?adakah pd period hr ke 3 atau star belum period dan tlh comfirm x pregnant dan terus mkn?minta jelas atau dptkan dealer yg star beli utk guide dgn detail.

    terima kasih krn berkunjung dan semoga jawapan kak mbantu.. -KZ-


    Originally Posted by ichigo
    sy mmg ambil mab utk family planning. ambil time malam 8-10 mlm.
    masa ambil mab mmg xde ambil apa2 herba lain.cuma ambil suplement primrose oil & fish oil.

    ni anak ke 2. masa anak 1st, xbreasfed pun. so lps pantang trus dtg period (dalam 5-7 hari).period sy regular.
    both lahir thru operation. gap 1thn je. tu yg risau..huhu..skrg ni sy xpasti dlm masa ambil mab tu kuar darah period ke x?
    salam...dh comfirm tak pregnant ya?jika x pregnant may sbb supplement yg d ambil.ada hormon juga pd prdk tu.

    gini lh, jk comfirm x pregnant, terus je mkn.sbb nk jd kan mab sbg family planning kan...jk x selesa dgn priod mcm ni try stop suplement 2/3 bln utk betulkn semula.jk rasa nk terus mkn supplement is ok, kita note sbb period gini adalh d sebbkan supplement.tqvm -KZ-

    Originally Posted by jnt276
    sy bru bli mab dr sorg subdelaer akak kt area sy ni. klu sy mkn mab ni bukan waktu period bole ke? sy abis period hujung bulan lepas. nk tggu lgi lmbt la. dh x sabo nk mkn. sy bli ni utk family planning
    SALAM...Boleh rujuk maklum balas syikin,Jk tak sabar nk mkn,tak pelu tunggu period TAPI comfirm dulu jk x PREGNANT baru bole mula mkn, sbb almost kes awal2 mkn ada tindk bls awal yg lbh kpd kacau period kita.jd jnt perlu bersedia utk kitaran period akan berubah pd awal mkn mab.

    SEELOK2NYA mula lh pd hr ke 3 atau 4 atau ke 5 sdg period ya.NAMUN aturan mkn MAB yg sebetulnya adalh bergantung cara/jenis planning yg d ambik iaitu sendiri, pil,injection dll.
    -KZ-

    Quote:
    Originally Posted by SyikinJ
    Salam,

    Pd pandangan saya, tak salah kalau nak mulakan tanpa tggu period seterusnya. cuma pastikan anda tidak hamil yer. Dan kalau period sebelum ni regular, anda kena bersedia utk menghadapi gangguan kitaran period jika ambil MAB sekarang. Event kalau ambil pd hujung period pun, kemungkinan juga period akan ganggu sikit. Tu biasa utk peringkat permulaan atau healing crisis.

    Kesimpulannyer,pastikan anda tidak hamil dan boleh mula MAB sekarang

    Saya paham sgt hal2 camni, ramai customer tak sabar nk mula makan MAB..teruja dgn testimoni2 yg ada


    Banyak lagi..nanti kaklong update satu persatu yer...

    Metod (kaedah) merancang kehamilan

    Beberapa perkara yang boleh membantu wanita mengetahui hari-hari subur dalam kitaran haidnya untuk dia mengelakkan atau mendapatkan kehamilan. Seseorang wanita boleh mengetahui bilakah berlakunya proses peneluran ovulasi dengan memerhatikan carta perubahan pada badannya . Cara paling berkesan untuk mengetahui hari suburnya ialah dengan mempraktikkan setiap teknik yang akan disenaraikan sebentar lagi .

    Kesedaran tentang kesuburan meningkatkan kefahaman wanita tentang perubahan pada tubuhnya dan juga kitaran haid. Untuk mengelakkan kehamilan seseorang wanita boleh mengelakkan diri dari melakukan hubungan kelamin dalam tempoh tersebut atau menggunakan alat mencegah kehamilan ketika melakukan hubungan kelamin dengan suami.


    Proses menyedari kesuburan bergantung kepada fakta-fakta berikut :


    • Telur wanita boleh hidup di dalam tubuh selama12-24 jam Bagaimanapun untuk mengira tempoh kesuburan kita mengandaikan tempoh hayatnya 48 jam dengan andaian lebih dari satu telur yang dikeluarkan oleh seorang wanita .
    • Sperma boleh hidup di dalam rahim wanita selama 5 hari selepas hubungan seksual tetapi biasanya ia hannya mampu bertahan selama 2 hari . Kehamilan biasanya berlaku jika hubungan seksual dilakukan 3 hari sebelum ovulasi hingga 2-3 selepasnya
    • Waktu yang paling tepat berlakunya ovulasi tidak dapat dipastikan oleh itu usaha untuk mendapatkan kehamilan perlu dilakukan pada 2-3 hari sebelum atau selepas proses ovulasi.

    Metod ini berkesan bagi wanita yang mengalami kitaran haid yang teratur . jika seorang wanita dapat mengenali tanda-tanda ovulasinya dan bentuk kitaran haid yang dialaminya metod ini dapat membantu dengan lebih berkesan dalam merancang atau mengelak kehamilan


    Carta kalender

    Dengan carta kalender seseorang dapat menjadikan jadual kitaran haidnya yang lalu sebagai panduan . Dia boleh mengira purata hari dalam kitaran haidnya dan meramalkan waktu dia akan mengalami kesuburan pada kitaran akan dating. Mulakan menyimpan rekod kitaran haid anda untuk tempoh 8-12 bulan berterusan . Atau bagi yang telah menyimpan rekod boleh melihat 8-12 bulan kebelakang. Hitung hari pertama anda mengalami haid sebagai hari pertama dalam kitaran. Apabila anda mengetahui tempoh kitaran paling panjang dan paling pendek untuk tempoh tertentu maka anda akan mendapat formula untuk mengetahui bilakah hari subur anda .

    Ambil tempoh paling panjang dan paling singkat , bagi tempoh paling panjang tolakkan dengan 18 hasilnya adalah hari permulaan kesuburan anda , kemudian ambil tempoh tersingkat kitaran haid anda dan tolakkan dengan 11 hasilnya adalah hari terakhir kesuburan anda.

    Andaikan tempoh dibawah sebagai contoh :

    Mac 29 hari

    April 26 hari

    May 30 hari

    Jun 31 hari

    Julai 30 hari

    Dalam contoh diatas kitaran terpendek adalah 26 hari dan terpanjang adalah 31 hari . tolakkan 11 dari 31 dan 18 dari 26 hasilnya hari yang ke 8 hingga 20 adalah hari subur.


    Harap membantu :-)